Hubungi kami: 019-6680283

Add "CT Compare" Widget via Appearance > Widgets > Compare.

Cara Memotong Atau Membatalkan Kaveat Persendirian

By in Pendaftaran Hak milik with 0 Comments

Kepada pihak yang berkepentingan yang mempunyai hasrat untuk membatalkan Kaveat Persendirian atau kekadang istilahnya ingin Memotong Kaveat Persendirian, bolehlah rujuk panduan dibawah, supaya proses mencapai maksud menjadi mudah

DEFINISI
Pengeluaran halangan (kaveat) oleh pihak – pihak berkepentingan.

Sesiapa yang belum Follow Page HartaTanah, tekan butang Follow atau Like Page HartaTanah. Banyak perkongsian yang menarik. Memang Best.

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
1. Mana – mana orang perseorangan / badan tanah / atau pihak – pihak yang berkepentingan.

PANDUAN PENGISIAN BORANG PEMOTONGAN KAVEAT PERSENDIRIAN (19H)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Bagi Permohonan Tanah Rizab Melayu mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
3. No. P.A Bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan nombor My Kad).
4. Syer yang hendak dikaveatkan.
5. Sebab – sebab pembelian oleh individu/syarikat (sertakan Sales and Purcase Agreement / S & P ).
6. Sebab – sebab pembelian lain oleh individu / syarikat (sertakan dokumen sokongan).
7. Bagi permohonan oleh syarikat, sila sertakan M & A, Form 49, 24 dan 11 dari R.O.C.
8. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (individu atau pengarah syarikat).

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PEMOTONGAN KAVEAT PERSENDIRIAN (19H)
1. Borang Tarik Balik Kaveat 19H yang telah diisi dengan lengkap.
2. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (gelap / kabur tidak akan diterima).
3. Dokumen – dokumen sokongan seperti S & P dan lain – lain.

Muat Turun Borang Pemotongan Kaveat Persendirian (19H)

Rujukan: Pejabat Tanah Klang

FavoriteLoadingAdd to favorites
Share This