4 C
New York
Thursday, January 20, 2022

Buy now

Mengapa permohonan tukar alamat itu penting?

Date:

Share:

Loading
- Paparan Penaja -

DEFINISI
Satu (1) dokumen suratcara yang dibuat untuk penukaran alamat / nama orang atau badan yang berkepentingan kepada alamat / nama yang baru di dalam hakmilik.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon merupakan penama bagi hakmilik berkenaan bagi membuat penukaran alamat / nama.

PANDUAN PENGISIAN BORANG PERTUKARAN ALAMAT
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Nyatakan nama dan nombor My Kad pemilik tanah.
3. Nyatakan nombor Hakmilik, nombor Lot dan Mukim.
4. Nyatakan nama dan nombor My Kad pemohon pada tandatangan.
5. Alamat / Nama lama dan baru yang hendak ditukar.

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PERTUKARAN ALAMAT
1. Hakmilik (geran) asal / salinan hakmilik.
2. Borang Tukar Alamat yang lengkap.
3. Salinan My Kad pemohon yang jelas dan terang, bahagian depan dan belakang (gelap atau kabur tidak akan diterima).

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PENUKARAN NAMA
1. Borang permohonan mengikut Seksyen 378 KTN yang lengkap.
2. Surat akuan sumpah yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

 

Muat Turun Borang Pertukaran Alamat (26A)

Mohd Khalil Sabahttps://www.hartatanah.com
Hi! Saya Merupakan pengasas kepada HartaTanah.com dan juga sebagai editor rasmi bagi HartaTanah.com. Berkecimpung dalam dunia hartatanah sejak tahun 2004 dan sangat berminat menulis dan berkongsi perihal seperti Harta Tanah.
- Paparan Penaja -