Cara Buah Pisang lebih BESAR & BERAT, Wajib buang Jantung & Bungkus!

Hartatanah.com – Buah pisang memang salah satu jenis buah-buahan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Menurut laporan yang diberikan oleh FAMA pada tahun 2019, pisang merupakan tanaman yang kedua luas ditanam selepas buah durian.Pada tahun 2017, keluasan tanaman pisang direkodkan seluas 34,894.06 hektar di seluruh negara dengan pengeluaran hasil sebanyak 350,492.59 tan metrik. Kepada pengusahan yang berminat dengan projek penanaman pisang, bolehlah mendalamkan kajian terhadap buah pisang ini.

Untuk pengetahuan semua Buah Pisang Berangan Wajib dibungkus jika bertujuan untuk dikomersialkan manakala pisang lain seperti Tanduk,Nangka tidak wajib dibungkus kerana tiada Gred Harga…Pisang berangan yang dibungkus akan dikategorikan sebagai Gred A..Manakala pisang berangan yang tidak berbungkus jatuh dalam kategori gred B.

Kelebihan membungkus pisang juga akan membuatkan pisang lebih berat dan cantik.. Ini adalah SOP serta rahsia dari pengusaha sendiri berdasarkan pengalaman dalam pertanian.Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan semua.

SILA TEKAN BUTANG LIKE DAN SHARE UNTUK BERKONGSI MANFAAT

Sumber