Mari Jelajah Rumah Banglo Mewah Di Malaysia Yang Berharga RM11.8 juta, Memang Wow!

Hartatanah.com – Semua orang idamkan rumah yang selesa dan luas bersama landskap yang cantik bagi melahirkan suasana yang tenang serta mendamaikan. Kepada yang belum berpengalaman untuk memiliki sebuah banglo yang berharga RM11.8 juta, dan tidak tergambar bagaimana keadaan dalam rumah yang semahal dan semewah ini, mari kita jelajah sebuah rumah banglo mewah 3 Tingkat yang ada di The Mines

Masuk-masuk sahaja pintu pagar, kita akan dapat lihat halaman letak kerata yang boleh memuatkan 5 buah. Memang luas.Disisinya pula mempunyai halaman rumah yang cantik dengan dihiasi oleh gerbang kecil konsep Bali atau Thai. Gerbang ini mempunyai lantai konkrit yang lebih tinggi berbanding halaman berumput serta mempunyai kerusi sebagai tempat berehat sambil dihadapannya mempunyai kolam ikan Koi. Bukan sahaja ada kolam ikan, namun rumah ini juga mempunyai kolam renang peribadi.

Untuk bahagian dalam, apa kata mari kita jelajah dengan menonton video sampai habis. Apa salahnya kita memasang impian. Mana tahu rezeki ada dimasa hadapan.

Sumber