Hubungi kami: 019-6680283

Add "CT Compare" Widget via Appearance > Widgets > Compare.

DIY lampu dinding tergantung yang diperbuat dari peralatan besi paip, memang Unik!

By in DIY with 0 Comments

Bagi mereka yang masih tercari-cari kelainan untuk hiasan dinding, apa kata anda cuba idea ini iaitu DIY lampu dinding tergantung. DIY ini bukan sahaja unik dan kreatif, namun ia mampu untuk menaikkan kecantikan sesuatu sudut dinding di ruang rumah anda.

DIY lampu dinding tergantung

Sesiapa yang belum Follow Page HartaTanah, tekan butang Follow atau Like Page HartaTanah. Banyak perkongsian yang menarik. Memang Best.

 

DIY Langkah 1: Dapatkan bahan-bahan ini daripada lampu siling terpakai.DIY Lampu dinding tergantung

DIY langkah 2: Keluarkan wayar lampu daripada tapak asalnya.

DIY langkah 3: Masukkan Wayar kedalam sesiku paip seperti dalam gambar

DIY langkah 4: Wayar lampu dimasukkan kedalam batang paip dan Sambungkan batang paip dengan sesiku paip seperti dalam gambar

DIY Langkah 5: Sambungkan sekali lagi Sesiku paip dan batang paip. Wayar lampu juga akan diteruskan seperti dalam gambar.

DIY Langkah 6: Persediaan Tapak Lampu

DIY Langkah 7: Sesiku paip disambungkan dengan tapak dan ukur keduanya untuk mendapatkan ketinggian yang sama

DIY Langkah 8: Disambung pula sesiku tadi dengan batang paip serta penyambung paip “T”. Sila rujuk gambar dibawah.

DIY Langkah 9: Sambungkan Paip jenis “T” dengan batang paip seperti dalam gambar dibawah.

DIY Langkah 10: Wayar Lampu dimasukkan kedalam paip “T” dan Kedua batang paip yang dipaparkan akan disambungkan kemudian

DIY Langkah 11: Wayar lampu dimasukkan melalui paip “T” dan terus ke batang paip lurus seperti dibawah.

DIY Langkah 12: Pasangkan semua paip yang terpisah tadi agar menjadi satu seperti dalam gambar. Pasang dengan ketat agar ia lebih kukuh.

DIY Langkah 13: Masukkan wayar lampu kedalam paip “T” yang siap dipasang dengan tapak lampu tadi. Masukkan wayar seperti dalam gambar.

DIY Langkah 14: Sambungkan kedua batang paip yang terpisah seperti dalam gambar

DIY Langkah 15: Dapatkan wayar seperti dalam gambar. Potong pada hujungnya.

DIY Langkah 16: Jadikan wayar sambungan tadi seperti dalam gambar dan Masukkan wayar lampu kedalam paip sambungan seperti dibawah.

DIY Langkah 17: Sambungkan 2 wayar tadi seperti dibawah. Cantum dan putarkan wayar tersebut.

DIY Langkah 18: Selepas diputar wayar tersebut, masukkan sambungan tersebut kedalam “Wire Nuts” seperti dalam gambar. Setelah selesai, pastikan “Wire Nuts” dibalut dengan ” Electrical Tape” setiap satuya secara berasingan.

DIY Langkah 19: Satukan paip penyambung dengan paip “T” dan putar dengan ketat.

DIY Langkah 20: Keseluruhan bahagian telah dipasang dan tersedia untuk di lekatkan di dinding.

DIY Langkah 21: Dapatkan skrew seperti dibawah saiz

DIY Langkah 22: Buatkan lubang skrew dan masukkan “Wall Plug” bagi memastikan skrew akan lebih kukuh.

DIY Langkah 23: Ikatkan set lampu yang telah siap tadi

DIY Langkah 24: Lampu yang diidamkan telah siap dipasang. Selesai!DIY lampu dinding tergantung

FavoriteLoadingAdd to favorites
Share This