Home Rekabentuk dan Dekorasi Rekabentuk Rumah Bas Ini Telah Ditukar Menjadi Sebuah Rumah Kecil Bergerak Yang Sangat Cantik...

Bas Ini Telah Ditukar Menjadi Sebuah Rumah Kecil Bergerak Yang Sangat Cantik Dengan Kelengkapan Rumah Kecil Yang Cukup Memuaskan

0
190

Hartatanah.com – Miles dan Sinclaire adalah pasangan yang pada mulanya melakukan perjalanan panjang dan mereka mendapati kehidupan di jalan raya merupakan gaya hidup mereka.

Tidaklama kemudian, mereka menjumpai bas E-450 2002 dengan harga USD3800 dan telah menukarnya menjadi sebuah rumah kecil sangat cantik. Biarpun rumah ini berasal dari sebuah bas,tetapi ruang dalamnya sungguh kemas dan mempersonakan.

Mereka memilih siling berwarna coklat neutral dan putih berbilang tona. Bagi ruang tamu mereka memiliki tingkap yang luas dan membolehkan mereka menikmati pemandangan lanskap yang indah.Dengan dinding kayu berwarna coklat, ia berjaya membuatkan ruangan dalam menjadi lebih tenang dan segar.

Rumah kecil ini juga dilengkapi oleh bilik tidur, sinki, kabinet dapur, bilik mandi serta Tenaga solar bagi menyalurkan tenaga elektrik kepada perkakasan dalam rumah kecil ini.

Diluar, mereka juga mempunyai sebuah pelantar atas bumbung terbuka bagi membolehkan mereka duduk bagi menikmati keindahan sekeliling.Mereka sangat bahagia dengan pilihan yang telah dilakukan.Mereka memilih kehidupan yang bebas dan sederhana.


Sumber