Rumah Kecil Dengan Pintu Garaj Dan Katil Rahsia Telah Menjadi Hotel Penginapan Yang Unik Dan Sangat Cantik

Hartatanah.com – Rumah kecil Tiny house – Memang cantik dan menakjubkan apabila pemilik hartatanah ini telah membina 6 buah rumah kecil sebagai Hotel penginapan.

Melalui rekabentuk rumah kecil Tiny House dan lanskap yang menarik telah menjadikan ia sebuah penginapan yang sungguh indah. Lihatlah sendiri bagaimana laluan pejalan kali serta susunatur pokok renek yang ada, sungguh cantik.

Yang paling teruja adalah bahagian dalam rumah. Rumah kecil Tiny House ini mempuyai katil tidur yang boleh disorok tarikh . Lihatlah bagaimana sebuah sofa diruang tamu ditarik dan rahsia sebuah katil tidur itu keluar.

Rumah kecil Tiny House ini juga memiliki tingkap berkongsep pintu garaj. Ia boleh dibuka dan ditutup konsep pintu garaj. Sekiranya penginap inginkan cahaya natural dan menikmati pemandangan, bolehlah ia dibuka. Begitulah sebaliknya.

Biarpun Rumah kecil Tiny House, ia masih dapat memenuhi keperluan sebuah rumah. Ya! Ia mempunyai kabinet dapur, ruang makan, Ruang penyimpanan pakaian dan Bilik air yang luas. Memang cantik, memang seronok menginap disini.