Bagaimana hendak buat Tukar Syarat Tanah?

DEFINISI

Tukar syarat bermaksud pengubahan kategori kegunaan tanah atau pengenaan kategori kegunaan tanah yang baru / pembatalan / pindaan syarat nyata / pengenaan syarat nyata baru untuk membolehkannya menggunakan / memajukan tanah bagi maksud yang lain daripada yang dibenarkan pada masa ini.
Maklumat Lanjut

KUASA MELULUSKAN

1. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Bagi permohonan One Stop Centre).
2. Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor (Permohonan meminda syarat nyata tanah).
3. Pengarah Tanah dan Galian Selangor (Rizab Melayu).
4. Pentadbir Tanah Klang (Permohonan kilang tanpa kebenaran – dalam zoning).

BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN

 

1. Tidak lebih 1 hektar RM 70.00
2. 1 hektar hingga 10 hektar RM 140.00
3. Lebih 10 hektar (10 hektar pertama) RM 100.00
4. Lebih 10 hektar (Tambahan setiap hektar) RM 10.00
5. Lebih 10 hektar (Meminda syarat nyata) RM 60.00

Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor

 

Sumber: Pejabat Tanah Klang