Van 4×4 Ini Telah Bertukar Menjadi Rumah Kecil Tiny House Yang Cantik Bagi Pasangan Pengembara ini

Hartatanah – Rumah Kecil Tiny House – Pasangan yang sukakan kehidupan bebas dan suka mengembara memang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan berani. Video kali ini, kita dapat lihat bagaimana Claire dan Jared melalui kehidupan yang bebas dengan mengubahsuai Van 4×4 mereka kepada sebuah rumah kecil bergerak.

Bagi pasangan ini kehidupan yang bebas adalah jauh lebih penting berbanding sebuah rumah yang besar. Biarpun rumah Van ini kelihatan kecil, namun mereka telah berjaya buktikan ia merupakan sebuah rumah yang selesa dan cukup.

Rumah kecil ini telah direkabentuk kepada beberapa bahagian. Bahagian pemanduan, ruang dapur, ruang kabinet, ruang tidur serta ruang loteng. Bagi saya, ruang dalam rumah kecil ini sangat berbaloi untuk dimiliki.