Ubahsuai Reka Bentuk Halaman Depan | Landskap Batu Bajet

Hartatanah.com-Wanita ini telah berjaya melakukan Ubahsuai Reka Bentuk Halaman Depan Rumah Mereka melalui Landskap Batu Bajet. Keluarga wanita ini memang bagus dipuji kerana berjaya menyiapkan projek kecil ini secara berkumpulan. Dia mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik.

Wanita dan keluarganya perlahan-lahan telah berjaya mengembalikan daya tarikan bahagian luar rumah.Sebelum ini, halaman rumah mereka hanya ditanam dengan rumput sahaja, namun kini sebahagian halaman kaki lima rumah mereka telah di hias atau diubah dengan batu-batuan. Kesannya, ia mampu memberikan impak segar kepada halaman rumah.

Menurut wanita ini, halaman mereka belum siap sepenuhnya, namun kesan ubahsuai kecil ini telah mampu memberikan kegembiraan dan semangat seisi keluarga.

Sumber