Rumah kecil telah mula memberi impak besar kepada pasaran perumahan Maryland USA, kosnya rendah, cukup dan selesa

Projek rumah kecil ini telah mula memberi impak kepada kehidupan bagi penduduk Maryland, USA. Rumah kecil di sana digambarkan dengan kehidupan bijak. Melalui projek ini, ramai yang telah menerima manfaat di ketika tekanan hidup meningkat.

Projek ini rumah kecil ini, amat sesuai untuk mereka yang baru keluar universiti, golongan keluarga kecil atau untuk dijadikan SOHO (Small Office Home Office). Mengikut ketua projek, idea di perolehi dari kejadian ribut taufan dan sentiasa di alami penduduk.

Disebabkan pengalaman buruk ribut taufan, idea rumah kecil yang mampu digerak telah giat dilaksanakan. Melalui idea ini, setiap kali hendak berlaku ribut taufan, pemilik rumah boleh menggerakan atau mengalihkan rumah kecil ini hanya menggunakan kenderaan penunda atau lori penarik. Ia mudah untuk ditunda atau ditarik kemana-mana kerana ianya direka khas mempunyai roda.

Sumber