Rumah Kecil Rekaan Paling Cerdik Dengan Struktur Luar Biasa

Rekabentuk rumah kecil ini, memang tidak mengecewakan. Malah rekabentuk rumah kecil ini berjaya memberi inspirasi kepada mereka yang mencari idea untuk memaksimumkan keupayaan sesebuah rumah walaupun rumah kecil mempunyai ruangan yang terhad.

Walaupun saiz yang kecil, rumah kecil ini mampu memberikan kepuasan dan keselesaan. Antara perkara menarik tentang rumah kecil ini adalah ia mampu dipindahkan kemana-mana. Ya, ianya mobil.

Ruang dapurnya kecil, namun ia efisyen. Masih boleh memasak dengan selesa. Walaupun kecil, ruang peti sejuk beku tetap ada. Kabinet dapur masih dikategorikan selesa dan praktikal.

Ruang bilik air walaupun kecil tetapi susunaturnya memang berkesan, kreatif dan selesa. Walaupun ruang bilik air ini kecil, tetapi ia telah berjaya dilengkapkan dengan perkakasan dan keperluan asas yang mencukupi, kemas dan cantik. Jika diperhatikan sistem pengudaraan dan pencahayaan juga sangat baik bagi memastikan kulat dan bau busuk tidak membiak dan terperangkap.

Jika diperhatikan, ada bahagian siling rumah ini agak tinggi dan cukup dijadikan tempat tidur anak-anak. Tangga yang dibuat juga sangat kreatif dan kemas. Bukan itu sahaja, ruang bilik tidur yang lebih selesa dan lebih privasi juga dapat diwujudkan melalui sistem katil lipat ke dinding. Tambahan lagi, ruang bilik tidur juga dilengkapi perabot yang bersifat fleksibel. Sistem udara dan pencahayaan yang bagus telah menjadikan ruang bilik ini lebih bagus dan selesa.

Sumber