0.3 C
New York
Friday, January 21, 2022

Buy now

Rumah Kecil Moden dengan Bilik Mandi Tersembunyi Dan Perabot Jimat Ruang – Ramai Yang Bersetuju Ia Merupakan Idea Bijak

Date:

Share:

- Paparan Penaja -

Kali ini kita akan dapat lihat rumah kecil yang sangat comel dan unik serta memiliki sebuah rekaan yang bijak. Memang tidak sangka, walaupun rumah ini kecil dan comel ia tetap dapat memenuhi keperluan sebuah rumah. Biarpun dengan hanya 210 kaki persegi, wajah pemilik rumah kecil ini tetap terpancar gembira dan puas.

Melalui rekabentuk rumah kecil ini, rancangan susun atur memang memainkan peranan yang penting. Antara ciri-ciri bijak yang ada dalam rumah kecil ini adalah seperti ruang mandi tersembunyi, tandas tersembunyi, laci simpanan yang tersembunyi, tangga terselit di dinding, loteng lut sinar, pemasangan sistem udara, saiz cermin yang besar, sistem cahaya natural yang baik dan sistem serta ruang kabinet dapur yang minimalis tetapi praktikal.

Yang saya paling suka, adalah katil tidur bersaiz queen berkonsep loteng. Jika perasan, dari katil tidur ada cermin pandang ke luar dan cermin yang boleh memandang arah langit. Ini merupakan idea dan pengalaman yang sangat menarik. Mampu memberi perasaan tenang dan segar.

Sumber

Mohd Khalil Sabahttps://www.hartatanah.com
Hi! Saya Merupakan pengasas kepada HartaTanah.com dan juga sebagai editor rasmi bagi HartaTanah.com. Berkecimpung dalam dunia hartatanah sejak tahun 2004 dan sangat berminat menulis dan berkongsi perihal seperti Harta Tanah.
- Paparan Penaja -