0.3 C
New York
Friday, January 21, 2022

Buy now

Rumah Kecil DIY Luar Grid yang luas

Date:

Share:

- Paparan Penaja -

Rumah kecil di luar bandar dan jauh dari kesibukan hiruk piruk memang menakjubkan. Rumah kecil ini dibina dengan keupayaan sendiri (DIY). Kali ini kita akan dapat lihat sepasang suami isteri yang memilih gaya hidup yang sederhana tetapi tetap membahagiakan.

Rumah kecil yang dibina ini bersaiz 10 meter panjang x 3 meter lebar. Apa yang menarik tentang binaan ini, ia dibangunkan secara keupayaan sendiri. Mengikut perkongsian dari pasangan, mereka telah melakukan kajian melalui tontonan dan pembacaan serta perkongsian dari mereka berpengalaman. Dan ini merupakan pengalaman yang sangat menarik bagi mereka.

Walaupun ukuran bangunan ini hanya 10 meter x 3 meter, ia kelihatan luas dan lapang. Dengan rekabentuk yang menarik, rumah kecil ini telah mampu memberi kepuasan dan keselesaan pada mereka. Lihatlah sendiri, bagaimana susunatur ruang tamu, ruang dapur, bilik air serta bilik tidur disusun atur. Memang menakjubkan. Memang memberi inspirasi kepada sesiapa yang bercadang memiliki rumah kecil tetapi tampak segar.


Mohd Khalil Sabahttps://www.hartatanah.com
Hi! Saya Merupakan pengasas kepada HartaTanah.com dan juga sebagai editor rasmi bagi HartaTanah.com. Berkecimpung dalam dunia hartatanah sejak tahun 2004 dan sangat berminat menulis dan berkongsi perihal seperti Harta Tanah.
- Paparan Penaja -