Rumah Kecil Dengan Bilik Tidur Persendirian Yang Menyenangkan| Lawatan Rumah Kecil

Hari ini kita lihat sebuah rumah bersaiz kecil dengan keluasa 350 kaki persegi. Tetapi ia mampu memuatkan seramai 4-5 orang dengan mempunyai ciri-ciri yang menarik.

Ia merupakan sebuah rumah kecil yang tersedia di perkhidmatan rumah penginapan. Memang idea yang sangat bagus kepada mereka yang hendak mengalami dan merasai pengalaman menginap di dalam sebuah rumah kecil tetapi selesa. Rekabentuk (design) yang cantik dan kemas akan menjadikan rumah ini suatu pengalaman yang seronok dan selesa.

Kita dapat lihat, rumah ini dikelilingi oleh pokok-pokok dan ia dikatakan memiliki suasana yang tenang dan aman serta udara yang segar. Dengan suhu yang sejuk lalu membakar kayu untuk dijadikan unggun, adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan dan menghangatkan.

Walaupun rumah kecil, tetapi ia dilengkapi dengan ruang tamu, ruang dapur, ruang tidur dan ruang tandas. Melalui pemilihan warna putih dan susun atur yang kemas, rumah ini kelihatan luas dan selesa.

Semoga anda semua menikmati video kali ini. Sila like, share dan follow kami.

Sumber