Resort Atas Air Paling Mewah Di MALDIVES Ini Memang Mempunyai Nilai Yang Tinggi, Sewa Sahaja Bermula USD1200 Semalam!

Hartatanah.com – Pasangan ini sanggup menjual kereta dan apartment bagi membolehkan impian mereka tercapai. Mereka telah memutuskan untuk berkongsi pengalaman kepada rakan, keluarga dan kepada mereka yang sukakan melancong. Paling menakjubkan adalah mereka bermatlamat untuk melancong ke 100 negara dalam masa 3 tahun.

Kali ini mereka berkongsi pengalaman menginap di sebuah resort atas air paling mewah di Maldives. Menurut mereka, sepanjang melancong dan menginap, resort ini adalah antara paling mewah dan mampu memberikan kepuasan bercuti. Berapa agaknya nilai hartatanah ini? Dengan kadar sewa semalam sahaja antara USD1,200 – USD36,660 semalam!