Rekaan Dalaman Bilik Tidur Kecil Dengan Bajet Rendah, Ia Transformasi Bilik Tidur Yang Minimalis dan Cantik.

Hartatanah.com – Rekabentuk bilik tidur dengan bajet rendah memang menjadi ikutan para pemilik rumah, terutama kepada mereka yang memiliki ruang bilik yang kecil tetapi mahu sentuhan yang kreatif melalui modal rendah.

Bermula dengan katil tidur yang tergantung dengan rekabentuk almari baju serta laci-laci terbuka dibawah katil memang memberi inspirasi. Walaupun ia memiliki ruang bilik yang kecil, namun ia masih mempunyai ruang untuk diletakkan meja bacaan disisi katil.

Untuk mereka yang suka dengan rekabentuk katil tidur aras rendah seperti pada minit 11:37, ini memang idea yang minimalis tetapi tampak ceria dan selesa.