Permohonan melepaskan gadaian hartanah atau rumah

Secara definasinya ia merupakan mana – mana pemegang gadaian dengan suatu suratcara atas borang 16N, melepaskan tanah atau pajakan yang digadainya.Proses ini mewajibkan bank atau institusi kewangan memulangkan hartanah yang di pegang sebagai cagaran kepada peminjam setelah peminjam menjalankan tanggungjawab melangsaikan sepenuhnya pinjaman perumahan yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan tersebut.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon merupakan institusi kewangan yang menjadi pemegang gadaian bagi hakmilik berkenaan.

PANDUAN PENGISIAN BORANG MELEPASKAN GADAIAN (16N)

  1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
  2. Salinan pendua bank / salinan diakui sah (CTC) oleh Pejabat Daerah / Tanah.
  3. Jadual Tanah (No. Perserahan yang dilepaskan dan ‘initial’).
  4. No. P.A bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan no. My Kad).
  5. Peletakhakkan Mahkamah (‘Vesting Order’) / Borang Tukar Nama perlu disertakan sekiranya nama bank berbeza.

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN MELEPASKAN GADAIAN (16N)

  1. Hakmilik (Geran) asal.
  2. Borang 16N yang telah diisi dengan lengkap.
  3. Salinan Pendua Gadaian (16A) dan (salinan bank / salinan diakui sah (CTC) oleh Pejabat Daerah / Tanah).
  4. Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima).

 

Justeru itu sebagai peminjam, pastikan pihak institusi kewangan melakukan proses melepaskan gadaian untuk mengelakkan perkara mudarat dimasa hadapan.

 Muat Turun Borang Melepaskan Gadaian (16N)

 

Rujukan: Pejabat Tanah/ Daerah Klang