Penternak Burung Puyuh Ini Telah Berjaya Menghasilkan dan mengumpul RIBUAN telur setiap hari

Hartatanah.com – Industri burung puyuh memang telah lama berada dalam pasaran pembekalan bahan mentah, Di Malaysia sahaja telah ramai yang menjadikan peluang ini sebagai sumber pendapatan yang sangat baik. Sehinggakan dalam satu-satu masa permintaan melebihi pengeluaran.

Kepada mereka yang mahu menjadi usahawan burung puyuh, atau untuk menjadikan burung puyuh sebagai pendapatan tambahan bolehlah mula buat kajian yang lebih terperinci terutama kerja-kerja operasi yang terlibat dengan usaha ini. Menurut pengalaman lelaki ini, sistem selenggara, pemakanan dan minuman yang baik akan meningkatkan mutu telur dan puyuh itu sendiri.

Penjagaan kualiti perlulah diusahakan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan bekalan sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi demi kelansungan hasil yang stabil dan tinggi. Usah rosakkan nilai yang diperlukan oleh pasaran demi mengejar keuntungan jangkamasa pendek.

Sumber