Pasangan Ini Memilih Hidup Sederhana dalam Lori Rumah Kecil yang Hebat

Setiap pasangan hidup memang berhak menentukan gaya hidup mereka. Bahagia itu mempunyai penafsiran dan kaedah tersendiri. Termasuklah pasangan Wayne dan Anita bersama lori rumah kecil.

Pasangan ini telah membuat keputusan untuk mengecilkan kehendak kehidupan mereka dan berusaha memenuhi impian dengan menjalani kehidupan yang lebih sederhana tetapi dapat memberi mereka lebih kebahagiaan. Bagi mereka, bahagia bukan hanya satu cara..tetapi ia boleh ditentukan melalui persefahaman antara pasangan dan kekuatan yang ada.

Kita dapat lihat, rekabentuk dan susunatur yang ada dalam rumah kecil mereka telah menggambarkan betapa mereka mementingkan kehidupan yang bebas. Dengan kelebihan yang ada, rumah kecil mereka ini mampu untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Kepada mereka yang mempunyai trak atau lori muatan, idea ini mungkin boleh dipertimbangkan bagi memenuhi impian kehidupan bebas. Hanya perlukan ruang letak kenderaan, dan nikmati alam di seluruh tempat. Mereka telah buktikan, hidup minimalis memang mampu memberi kebahagiaan.

Sumber