Moratorium pinjaman akan tamat tidak lama lagi! Jom tinjau alternatif yang ada

hartatanah.com

6 bulan yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkam program penangguhan pembayaran pinjaman bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Covid-19. Namum program ini bakal tamat pada 30 September 2020.  Di sini kami menyenaraikan alternatif yang ada untuk mereka yang masih tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Inisatif moratorium ini memang telah banyak rakyat mereka yang berdepan masalah kewangan akibat pandemik Coronavirus. Malangnya, cuti pinjaman ini hanya selama 6 bulan. Kerajaan Malaysia ada mengumumkan lanjutan bersyarat untuk mereka yang masih terjejas, tetapi lanjutan ini hanya untuk tiga kumpulan ini:

1) Individu yang hilang kerja dan masih mencari: Tempoh moratorium dipanjangkan untuk 3 bulan sehingga Disember 2020. Selepas habis tempoh, moratorium masih boleh dilajutkan tetapi akan dinilai berdasarkan “case-to-case basis”.

2) Individu yang gajinya dipotong disebabkan COVID-19: Akan mendapat pengurangan ansuran bulanan selama 6 bulan – bayaran bulanan akan diselaraskan dengan gaji semasa peminjam. Sebarang lanjutan selepas itu (sekiranya gaji masih sama) bergantung kepada budi bicara pihak bank.

Pihak bank pun bersetuju untuk tolong peminjam individu dan SME yang memerlukan bantuan ekstra:

  • Bayar faedah saja dalam suatu jangka masa yang ditetapkan
  • Panjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi kurangkan pembayaran balik ansuran bulanan
  • Beri pelepasan lain sehingga peminjam dah stabil.

Apa kamu perlu buat sebelum moratorium pinjaman tamat?

Situasi 1: Anda tergolong dalam kumpulan yang tak bekerja & kena potong gaji

Anda perlu menghubungi pihak bank sebelum 30 September 2020.

Disebabkan korang termasuk dalam kategori bertuah, memang konfem lah akan dapat lanjutan moratorium. Kalau anda masih menganggur, moratorium pinjaman akan dipanjangkan untuk 3 bulan dan kalau anda tergolong dalam kumpulan yang kena potong gaji, anda boleh berbincang dengan pihak bank mengenai jumlah pembayaran balik loan untuk 6 bulan akan datang.

Tip: Semasa berbincang dengan bank, nyatakan apa plan anda selepas tempoh moratorium lanjutan ini tamat – Sebagai contoh, anda akan membuat kerja sampingan atau mencari punca pendapatan kedua.

Situasi 2: Anda tidak tergolong dalam Situasi 1 tapi memerlukan bantuan 

Pihak bank sedia untuk berbincang mengenai sebarang plan pembayaran balik. Ini cuma bergantung dengan keadaan kewangan anda. Anda boleh memilih sama ada nak bayar faedah pinjaman sahaja dalam 1 tempoh masa, tukar tempoh pinjman anda atau pelepasan-pelepasan lain yang bank boleh offer.

Situasi 3: Anda mempunyai beberapa loan dari pelbagai bank

Situasi ini agak rumit. Kami mencadangkan agar kamu berbincang dengan pakar kewangan. Andsa boleh berbincang dengan pengawai dari setiap bank tersebut tapi mereka hanya akan meneliti pinjaman yang eksklusif untuk bank itu sahaja. Manakala dengan pakar, anda boleh mendapat dapat rangka plan yang mantul.

Untuk peminjam individu, anda boleh melawat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan menyertai ‘Debt Management Programme’. Peminjam SME pulak boleh menghubungi Small Debt Resolution Scheme (SDRS).

Apakah alternatif yang ada untuk mereka yang masih tidak mampu membayar balik pinjaman selepas moratorium tamat?

1. Penjadualan semula (Loan Rescheduling)

Di sini anda boleh menukar/ubah terma & syarat pembayaran balik pinjaman. Kebiasaannya, penjadualan loan ini akan panjangkan tempoh pinjaman ataupun tengok semula jumlah bayar ansuran bulanan.

2. Penstrukturan semula (Loan Restructuring)

Anda boleh menyusun semula pinjaman dengan tukar/ubah terma & syarat atau jenis pinjaman. Altenatif ini lebih kurang macam pembiayaan semula pinjaman.

TIPS EKSTRA: Untuk penjadualan/penstrukturan semula pinjaman

  • Tawarkan untuk caj kepada bank atau refinance semula pinjaman anda, terutamanya untuk pinjaman dengan interest tinggi seperti pinjaman perumahan
  • Mintak pengecualian untuk bayar sebarang yuran atau penalti (sekiranya anda boleh melangsaikan pinjaman anda)
  • Nego untuk kadar faedah yang tidak berubah dan tak perlu caj extra kalau anda lambat bayar pinjaman
  • Kalau permohonan anda tidak berjaya, boleh cuba 3 benda ini:

– Bayar interest sahaja untuk 1 tempoh masa
– Panjangkan tempoh pinjaman untuk kurangkan jumlah bayar ansuran bulanan
– Bersetuju ngan pihak bank untuk postpone pembayaran (sementara je)

3. Penyatuan hutang (Debt consolidation loan)

Di sini anda melangsaikan pinjaman semasa dengan mengambil pinjaman yang baru. Namun, alternatif ini tidak sebagus yang lain – Kami menyarankan kalau anda memiilih alternatif ni, cari loan baru yang akan menyenangkan hidup anda i.e kadar faedah rendah.

Apa yang akan berlaku sekiranya anda tak nak bayar pinjaman?

Antara yang boleh berlaku kalau anda tersangkut bayar loan adalah:

  • Anda akan ada lagi banyak hutang (kena bayar interest & denda)
  • Sejarah kredit korang (CCRIS & CTOS) akan terjejas
  • Aset anda seperti kenderaandan rumah akan ditarik/disita dari pihak bank
  • Anda boleh jadi muflis

Rujukan: iproperty