Mari Kita lihat Komuniti Rumah Kecil Di Dalam Hutan Dan Keluasan Binaan Rumah Kecil Ini Hanyalah 10 kaki x 24 kaki, Tetapi Ia Nampak Luas Dan Selesa

Hartatanah.com – Rumah kecil Tiny House ini direkabentuk bagi salah satu komuniti rumah kecil tiny house di dalam hutan. Biarpun ia didalam hutan, namun ciri-ciri sebuah rumah tetap dititik beratkan.

Jika dari luar rumah kecil tiny house ini, ia kelihatan biasa sahaja, tetapi apabila berada didalam, memang menakjubkan. Ia kelihatan luas dan amat selesa.

Rumah kecil tiny house ini baru siap dibangunkan, masih belum ada sebarang perabot. Namun ia sudah memberi gambaran yang baik kepada pemilik atau pengunjung. Dinding dan siling menggunakan kayu berwarna coklat kekuningan. Nampak tenang dan segar. Dengan pemilihan perabot dengan susunatur yang baik, akan menaikkan lagi seri rumah.

Melalui rekabentuk Rumah kecil Tiny house ini, kelihatan ia di pecah bahagi beberapa bahagian iaitu bahagian ruang hadapan, Bahagian dapur, Bahagian bilik Air dan Bahagian bilik tidur konsep loteng. Jika jelajah di setiap sudut, rekabentuknya memang teliti biarpun ia hanya rumah kecil tiny house didalam hutan.

Sesiapa yang mempunyai tanah, idea ini mungkin boleh dipertimbangkan bagi memenuhi kehidupan yang sederhana tetapi cantik dan selesa.

Sumber