Makeover Bilik Tidur Remaja Perempuan Yang Cantik Dan Kemas, Modal Yang Rendah Tetapi Hasilnya Mempersonakan

Hartatanah.com – Makeover bilik kali ini adalah sebuah bilik seorang remaja perempuan. Mereka ini memang teleti dengan kecantikan dan kepuasan hiasan sebuah bilik. Memang hasilnya sangat puashati berbanding wajah sebelumnya.

Rekabentuk bilik remaja perempuan ini sudah pastinya di ilhamkan oleh dirinya sendiri. Cuma tenaga pekerja sahaja yang di lakukan oleh para pembantu. Ini tindakan bijak bagi sesiapa yang mampu untuk lakukan sedemikian. Kerja jadi cepat siap.

Melalui rekabentuk dan pemilihan warna serta hiasan, remaja ini memilih warna lembut cerah. Sebahagian dinding dipasang Wall panel dan sebahagian dinding yang lain di pasang dengan Wallpaper. Setelah selesai,  memang bilik ini kelihatan lebih menarik dan tampak luas.

Sumber