Geran Hakmilik hilang?Apa nak buat?

Tidak menjadi kehairanan apabila sesuatu hakmilik itu hilang dari jagaan. Bagi mereka yang alami isu ini, usahlah risau. Saya kongsikan cara untuk menyelesaikan masalah ini.

BAGAIMANA CARANYA MENDAPATKAN HAKMILIK BARU BAGI TANAH TERSEBUT?

Hendaklah memastikan bahawa hakmilik tersebut benar-benar hilang sebelum membuat repot kehilangan di Balai Polis yang berdekatan

Seterusnya tuan/puan bolehlah hadir di Pejabat Tanah dimana hakmilik tanah itu didaftarkan atau di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk memohon hakmilik yang baru.

CARA-CARA MEMOHON
1. Menggunakan borang permohonan hakmilik hilang (Seksyen 187B KTN) yang telah lengkap diisi ;
2. Disertakan dengan repot polis;
3. Akuan kehilangan;
4. Salinan hakmilik dan akuan bank (jka ada);
5. Carian rasmi;
6. Salinan kad pengenalan/ sijil kematian dan;
7. Bayaran permohonan sebanyak RM400 bagi setiap hakmilik.

Sekiranya tajuk ini membantu, silalah tekan butang “share” atau “Like”.