Cara mudah tanam & biakkan snake plant atau lidah mertua dengan mudah dan subur!

Hartatanah.com – Berikut dikongsikan kelebihan dan cara tanam pokok lidah mertua. Dikatakan kelebihan Pokok Ular tumbuhan sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak membuat dekorasi rumah dengan pokok hidup.

Kepada mereka yang di kategorikan sebagai “tangan panas”, pokok ini boleh cuba ditanam. Memang senang tumbuh dan senang membiak. Bukan itu sahaja, bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan ketenangan!. Ia membantu untuk mudah tidur dan rasa nyenyak.