Cara Menggunakan Air Basuhan Beras Untuk Tanaman, Baja Organik Dari Air Cucian beras! Menyuburkan Apapun Jenis Tanaman

Hartatanah.com – Masih ramai yang tidak sedar akan manfaat air basuhan beras kepada pertumbuhan tanaman. Cara ini sudah dibuktikan berkesan sejak dulu lagi dan ia merupakan cara yang percuma tetapi berkesan dalam membantu proses pembesaran tumbuhan.

Selain itu, Pokok atau tanaman yang disiram dengan air basuhan beras biasanya akan lebih tahan penyakit, merangsang pertumbuhan akar, menyuburkan tanah, merangsang proses pendebungaan. Malah, sekiranya penanam selalu terlibat dengan masalah tanaman mati semasa proses perpindahan, air basuhan boleh membantu risiko ini.