Bagaimana hendak buat carian hakmilik dan apa tujuannya?

(1). PERMOHONAN CARIAN RASMI
DEFINISI
Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana – mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa – apa instrumen urusniaga / permohonan yang disertakan kepada pendaftar, carian rasmi tersebut perlulah ditandatangani oleh pendaftar.
KELAYAKAN PERMOHONAN
1.Mana – mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunaan borang Carian Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar / Pejabat Daerah / Tanah mengikut Seksyen 384 KTN.
2. Membuat pembayaran bagi permohonan carian rasmi berjumlah RM 50.00.
(2). PERMOHONAN CARIAN PERSENDIRIAN
DEFINISI
Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana – mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa – apa instrumen urusniaga / permohonan yang disertakan kepada pendaftar.
KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Mana – mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Salinan Sah Hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar / Pejabat Daerah / Tanah mengikut Seksyen 384 KTN.
2. Bayaran permohonan salinan sah hakmilik RM 30.00.
Rujukan: pejabat tanah Klang
PERHATIAN: Sekiranya anda suka dengan artikel ini sila tekan butang “Like” dan “Share” dibawah.