Bagaimana Cara membuat Kaveat Persendirian?

Bagi mereka yang mahu tahu bagaimana membuat kaveat persendirian sila ketahui tatacara dan syarat-syarat yang diperlukan oleh pejabat tanah.

DEFINISI
Satu (1) halangan untuk sebarang urusniaga dan bukan urusniaga.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
1. Mana – mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.

PANDUAN PENGISIAN BORANG KEMASUKAN KAVEAT PERSENDIRIAN (19B)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Bagi Permohonan Tanah Rizab Melayu mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
3. No. P.A Bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan nombor My Kad).
4. Syer yang hendak dikaveatkan.
5. Sebab – sebab  pembelian oleh individu/syarikat (sertakan Sales and Purcase Agreement / S & P ).
6. Sebab – sebab pembelian lain oleh individu / syarikat (sertakan dokumen sokongan).
7. Bagi permohonan oleh syarikat, sila sertakan M & A, Form 49, 24 dan 11 dari R.O.C.
8. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (individu atau pengarah syarikat).

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN KEMASUKAN KAVEAT PERSENDIRIAN (19B)
1. Borang 19B yang telah diisi dengan lengkap.
2. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (gelap / kabur tidak akan diterima).
3. Dokumen – dokumen sokongan seperti S & P dan lain – lain.

 

Download borang Kaveat Persendirian