Apa itu tukar syarat tanah

DEFINISI

Tukar syarat bermaksud pengubahan kategori kegunaan tanah atau pengenaan kategori kegunaan tanah yang baru / pembatalan / pindaan syarat nyata / pengenaan syarat nyata baru untuk membolehkannya menggunakan / memajukan tanah bagi maksud yang lain daripada yang dibenarkan pada masa ini.
Maklumat Lanjut

KUASA MELULUSKAN

1. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Bagi permohonan One Stop Centre).
2. Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor (Permohonan meminda syarat nyata tanah).
3. Pengarah Tanah dan Galian Selangor (Rizab Melayu).
4. Pentadbir Tanah Klang (Permohonan kilang tanpa kebenaran – dalam zoning).

BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN

  1. Tidak Lebih 1 Hektar : RM70
  2. 1 Hektar higga 10 hektar : RM140
  3.  Lebih 10 Hektar (10 Hektar pertama) : Rm100
  4.  Lebih 10 Hektar (Tambahan setiap hektar) : Rm10
  5.  Lebih 10 Hektar (Meminda syarat nyata) : Rm60

Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor

Rujukan: Pejabat Tanah Klang

 Muat Turun Senarai Semak ||  Muat Turun Borang Kaedah (44C)