Apa itu Pecah Sempadan dan Tukar Syarat Serentak

DEFINISI

Permohonan serentak pecah sempadan dan tukar syarat tanah bermaksud mendapatkan satu (1) hakmilik atau lebih dengan tujuan mengubah / mengenakan jenis kegunaan tanah untuk membolehkan ianya dimajukan bagi maksud yang lain daripada yang dibenarkan pada masa ini.
Maklumat Lanjut

CARA PERMOHONAN

1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen – dokumen berkaitan.
(Sila muat turun senarai semak di bawah)

BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN

1. Kurang daripada 10 hektar RM 120.00
2. 10 hektar hingga 50 hektar RM 360.00
3. Lebih 50 hektar RM 600.00

Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor

Sumber: Pejabat Tanah Klang