Apa itu Pecah Bahagian?

DEFINISI

Pecah bahagian bermaksud memecahkan satu (1) lot tanah yang dipegang oleh dua (2) orang atau lebih tuan tanah bersama mengikut hak masing – masing dengan hakmilik berasingan.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

1. Bagi tanah pertanian, minimum keluasan yang boleh dipecahbahagi ialah 0.25 ekar setiap bahagian.
2. Sekiranya tidak mendapat persetujuan kesemua tuan tanah, permohonan pecah bahagian masih belum dikemukakan oleh seorang atau sebahagian daripada tuan tanah bagi bagi sesuatu hakmilik itu. Notis makluman aan dikeluarkan serta satu (1) sesi siasatan akan dilaksanakan sekiranya terdapat bantahan dikemukakan ke atas permohonan.
3. Jika salah seorang tuan tanah telah meninggal dunia, dinasihatkan agar pesaka diselesaikan terlebih dahulu untuk memudahkan urusan permohonan.

CARA PERMOHONAN

1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Jurukur.

BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN

RM 100.00 bagi setiap hakmilik.

Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor

 

 Muat Turun Senarai Semak ||  Muat Turun Borang Pecah Bahagian (9B)

 

Sumber: Pejabat Tanah Klang