Apa itu hak lalu lalang?

HAK LALU LALANG


DEFINISI

Permohonan hak lalu lalang bermaksud mewujudkan hak lalu lalang persendirian atau awam bagi kegunaan atau manafaat bersama.
Maklumat Lanjut

JENIS – JENIS HAK LALU LALANG

1. Hak lalu lalang Pentadbir Tanah – diwujudkan bagi membolehkan tanah milik seseorang itu digunakan sebagai laluan keluar masuk kepada perhentian awam seperti jalan awam.
2. Hak lalu lalang persendirian jika ianya diwujudkan bagi faedah Pihak Berkuasa Negeri, tuan punya mana – mana tanah milik atau penduduk mana – mana tanah milik.
3. Hak lalu lalang awam sekiranya diwujudkan untuk faedah orang ramai.

CARA PERMOHONAN

1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

KUASA MELULUSKAN

1. Pentadbir Tanah Daerah.