Apa itu gadaian dan bagaimana Lakukan gadaian hartanah?

Secara definasi, gadaian adalah cagaran hakmilik tanah kepada Institusi Kewangan. Biasanya ia dilakukan apabila si pemilik hartanah memerlukan tunai bagi tujuan perniagaan mahupun keperluan perkembangan perlaburan. Sebelum lakukan gadaian keatas sesuatu hartanah, pemohon perlulah memenuhi syarat asas gadaian.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

1.Pemohon merupakan penama kepada hakmilik berkenaan.

PANDUAN PENGISIAN BORANG GADAIAN (16A)

  1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
  2. Bagi Tanah Rizab Melayu, Borang 16A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah (bagi penggadai).
  3. Borang 16A disetem.
  4. No. P.A bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan no. My Kad.)
  5. Jadual tanah yang lengkap (initial).
  6. Salinan My Kad penggadai.

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN GADAIAN (16A)

  1. Hakmilik (Geran) asal.
  2. Borang 16A yang telah diisi dengan lengkap.
  3. Sijil Setem.
  4. Notis Taksiran pindah milik daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  5. Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima).
  6. Salinan Cukai Pintu semasa : Januari – Jun Bil.1 dan Julai – Disember Bil.2 yang jelas dan terang ( gelap atau kabur tidak diterima).
  7. Salinan MY Kad Pemberi dan Penerima pindah milik yang jelas dan terang, bahagian depan serta belakang (gelap atau kabur tidak diterima).

 

 Muat Turun Borang Gadaian (16A)  ||  Muat Turun Borang Gadaian (16A)/ Perumahan

 

 

Rujukan: Pejabat tanah/ daerah Klang