46 Idea Teknologi Pertanian Moden Yang Telah Membantu Masyarakat Bandar Berkebun

Tahun demi tahun keperluan terhadap bekalan tumbuhan segar didalam Negara Malaysia semakin meningkat. Sayuran dan buah-buahan yang sihat juga amatlah diperlukan demi kelansungan hidup sihat yang lebih seimbang. Manusia semakin kreatif dan berinovasi untuk mengawal kesan sampingan pembangunan.

Tanah semakin mengurang dan mengecil. Ini akan meningkatkan kemungkinan dan risiko harga barang mentah seperti sayur dan buah-buahan semakin meningkat luar kawalan Terutama produk-produk yang di import dari negara-negara jiran Malaysia.

Bukan risiko Harga sahaja, namun kualiti produk yang di import dan di perolehi berisiko dengan kadar kandungan racun yang tidak terkawal. Sekiranya perkara ini tidak di ambil secara serius, peningkatan tekanan mental, emosi dan fizikal akan bergerak selari.

Justeru itu, kempen Kebun Bandar adalah suatu program yang wajar di promosikan dengan sewajarnya. Anak-anak di awal Pendidikan juga haruslah di terapkan dengan aktiviti pertanian moden supaya akan lebih ramai generasi muda sanggup berinovasi didalam teknologi pertanian dan makanan.